Ujian dan manusia berpisah tiada.Belajar ada ujian.
Masuk team netball ada ujian.
Sampaikan air kencing pun ada ujian.
Ujian yg Allah bagi untuk tunjukkan kasih sayang kepada hamba nya.
Hamba nya je yg tak reti bersyukur.
Astaghfirullahalazim. Aduh terasa.
Ujian bagi seorang pelajar sangat lah banyak.
Final exam.
Duit PTPTN dah habis.
Nak makan apa harini pun satu ujian bagi pelajar.
Mcm mana nak kekal duduk dlm kampus dan tak kena buang kolej.
Mcm mana nak survive jauh dari family.
Mcm mana nak dpt dean list.
Mcm mana nak bahagi masa.
Sekarang bertambah lagi satu ujian bagi pelajar.
Tiada air.
Air tiada = tak mandi = tak melabur
Ketika ini kita dpt melihat pelbagai warna dan size baldi pelajar pelajar yg menadah air di tandas.
Ohhh tidak.
Saya mandi ye.
Panas keyyyy, kalau tak mandi nanti boleh pengsan tepi jalan.
Ohhh ( lagi sekali ) tidak lupa juga.
Lab test Sir Azzwan. ( Punca wujud tema ujian nie. Betul ke tekaan saya nie sir? ) pun satu ujian bagi saya.
Ujian terbesar bagi diri ku insan yg lemah lagi longlai dan tiada daya, hanya mengharap kasih sesiapa yg sudi ini pula.
Insecure dengan budak budak yg dpt dean list.
Sungguh besar ujian ini.
Sehingga aku bermotivasi tinggi untuk belajar dan mengorban masa untuk tidur dan ini bukan waktu raya korban.
Takpa, aku tetap comel mcm mana pun, so tak payah tidur banyak sngat.
Semoga seketul dapat lalui semua ujian ini dengan selamat hingga ke akhir nya.
Dan doakan seketul dpt dean list sem nie ye. Dan sem sem depan. Dan sem depan nya lagi.
Muahhhhhhhhhh3
Love Uoolls. 🍉
-seketul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan