Ahad, 10 April 2016

AIR

4 APRIL 2016

8.45 PM


Tidak seperti hari biasa.


Diriku yang suka menunaikan solat isyak di kelewatan malam (lagha sikit org nya) secara tiba tiba menjadi rajin untuk menunaikan solat di awal waktu.


Ketika ku mengambil wuduk, air yang mengalir terasa begitu mendamaikan sekali.


Setelah selesai menunaikan solat.


Tanpa membuang masa, terus ku gapai telefon bimbit ku yang ketika itu berada di atas meja belajar.


Ku lihat group whatsapps blok kediaman ku begitu meriah sekali.


Sangat ganjil.


Lantas ku buka dan ku baca satu persatu dengan tekun dan tertib.


Felo ku begitu gusar akan satu masalah yang telah terjadi ketika itu.


Isu yang hangat diperkatakan itu berkaitan dengan...


AIR.


Aras tiga blok kediaman ku mula kehilangan AIR.


Felo ku bertanya akan kehadiran AIR di aras ku, adakah masih deras seperti biasa.


Aku dengan kepastian yang mendalam seperti dalam nya Jurang Mariana di dalam lautan pasifik dan yakin dengan keyakinan yang tinggi, setinggi gunung Everest.


Ku jawab "Baru tadi saya guna, deras lagi"


Ketika itu juga jiran di sebelah bilik ku berkata "Korang! AIR dah takde"


Waktu seakan terhenti ketika itu, sama seperti terhenti nya AIR yg mengalir ke blok kediaman ku.


Hari yang sukar ku tempuh dengan berani, dengan ketiadaan AIR.

Baru ku tahu utk bersyukur akan kurniaan Ilahi itu selama ini.


Tetapi ku punya keAZAMan yg tinggi.


Gigih ku menadah AIR hujan yg turun mencurah curah pada malam itu.


Hari pilu ku tidak berlanjutan begitu lama.


Kerana...


Lusa nya aku balik rumah. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.


p/s : AIR adalah salah satu jenis harapan palsu yang ada di UKM sebab dia boleh datang dan pergi sesuka hati.


Lagi satu p/s : Rumah aku dekat PERAK, tak ada masalah AIR. Alhamdulillah.


-seketul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan