Jumaat, 15 April 2016

NINJA

Cita cita ku adalah ingin membela kura kura.

Disebabkan aku seorang yang sangat baik dengan binatang.

Telah menyebabkan kematian beberapa ekor binatang peliharaan aku.

Wow kan ? 

Tak lah teruk sangat.

Jangan salah faham.

Sebab binatang tu mati bukan di tangan aku.

Ikan laga aku mati ditangan adik bongsuku yang memotong ekor binatang itu ketika berumur 3 tahun.

Kau rasa sanggup ke nak marah bila adik kau ckp mcm nie

"Adik nak bersihkan ekor dia je" (sambil buat muka comel)

Arnab ku pula mati sejurus Atuk sedara aku membawa nya ke kampung.

Kucing ku dilepaskan di kedai makan ketika ketiadaan diriku di rumah.

Sedih. 

Mak kucing tu beranak dalam bilik aku kot.

Anak anak dia semua tidur kat tangan aku masa mata diorg belum terbukak lagi.

Tetapi mak aku masih tidak mempercayai diriku untuk membela kura kura.

Kerana semakin murah harga kura kura, semakin rumit juga penjagaannya.

Aku teringin menamakan kura kura ku sebagai NINJA.

NINJA la. 

Semua pernah tengok Teenage Mutant Ninja Turtle kan.

Ofcos pernah, kalau tak pernah tengok, kau alien, kau tak pernah jadi kanak kanak.

Aku mudah terpengaruh dengan cerita kartun.

Tapi aku teringin sangat nak ada NINJA.
Apa pandang ?

Nak NINJA.

Ibu tak bagi aku beli.
So aku berharap ada orang boleh hadiah kan aku seketul NINJA.

Semoga harapan ini menjadi nyata.

Mak lang ckp kalau mintak dekat pakwe mesti dapat punya.

Suatu masa dulu aku pernah bertanya.

Dan aku menerima jawapan yg sama dari 3 orang berbeza.

"Nak buat apa? Nak makan ke?"

Mungkin muka aku nie nampak mcm kebulur nak makan kura kura.

Hadiah kan NINJA masa hari jadi aku nanti boleh ?

-seketul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan