Ahad, 10 April 2016

AYAH

RAHMAN ON BIN SHAMSUDDIN.

Nama ayah aku.

Nama yg diberi oleh atok disebabkan minatnya kepada penyanyi era 1960-an/70-an yg bernama A. Rahman Onn.

Ayah aku adalah lepasan darjah 3.

Ayah aku tidak pandai menulis atau membaca dengan lancar.

Oleh kerana itu,ayah sering di pandang rendah oleh orang disekeliling nya.

Ayah tetap tersenyum.

Ayah aku seorang pekerja kilang.

Berusaha mencari rezeki yang halal untuk kami enam beradik.

Meskipun kerja keras nya membuahkan hasil yang sedikit.

Ayah tetap berusaha.

Baginya cukup sekadar yang perlu sahaja.

Melupakan segala keinginan nya hanya untuk memberikan segala keinginan kami.

Melupakan segala kegembiraan yg lain kerana baginya kegembiraan kami adalah kegembiraan terpentingnya.

Menjadikan ku seorang yg terpelajar. Meskipun dia tidak menerima pelajaran secukupnya.

Lebih penting, Ayah membesarkan ku menjadi manusia yg tidak sesuka hati memijak manusia lain.


Lirik lagu ini khas utk Ayah dan Ibu,

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

(Kekal bahagia - Ippo Hafiz)

Aku rimas dengan manusia berlagak hebat di depan ayah aku.

Tetapi ayah ku menerima segala hasat dengki manusia terhadapnya.

Dari kecil hingga dewasa.

Ayah ku sering dibuli, tetapi tidak pernah berdendam.

Ayah ku yang baik hati.

Along bangga ada ayah mcm ayah, Along sayang Ayah.


-seketul


Tiada ulasan:

Catat Ulasan