Kerana keberanian manusia itu.
Juga ada ketakutan nya.
Berani akan risiko.
Berani akan tanggungjawab.
Berani kerana benar.
Berani kerana salah.
Berani memikul beban.
Berani untuk berubah.
Berani untuk meminta maaf.
Berani untuk memaafkan.
Kenapa tidak berani menyatakan kita salah ?
Kenapa tidak berani berubah ?
Adakah kerana ego kita setinggi langit ?
Sampai kemanakah ego itu ?
Kenapa kita tidak mampu memaafkan ?
Adakah kerana hati tersakiti ?
Sedarkah kita hanya dengan memaafkan, hati kita akan terkurang sakitnya.
Entahkan kerana Dosa. Kerana Ego. Kerana Benci. Kerana Dendam.
Entahkan kerana gelapnya hati.
Sedarkah kita Allah telah banyak memaafkan hambanya, lebih dari hambanya memaafkan manusia.

Carilah keberanian untuk berubah.
Dari itu kita temui tujuan hidup.
Asalkan kita berani.
Aku sahut keberanian itu.
Aku cuba.
Aku berani. Aku berani.
-seketul






