Minggu 14.
Minggu terakhir bagi semester 2.
Selepas ini Study Week, Exam.
Dan Cuti !!!
Hahahaha.
Aku tiada cuti semester.
Aku ada shortsem.
Aku masih tidak bisa menerimanya.
Blurpppppp.
Aku hanya ada cuti seminggu atau lebih dikenali sebagai cuti raya sahaja.
Sedih weh.
Tetapi apa yang lebih menyebakkan.
Geng Buah akan menjalani kehidupan berasingan selepas ini.
Bila mana kami memilih pengkhususan yg berlainan.
Agak sedih juga.
Mungkin kerana aku sudah terbiasa.
Tetapi kehidupan harus diteruskan.
Persahabatan masih diteruskan.
Berjumpa, berkenalan, berkawan, berpisah.
Itu kehidupan.
Dan aku masih ternantikan apa yang bakal terjadi di masa depan.
Aku cuma mampu berharap supaya orang sekeliling tidak melupakan aku.
Aku hanya mampu berharap.
Moga ingatan itu disertai dengan doa.
Dan seperti persahabatan yang lain.
Akan ada banyak perkara yang mengingatkan aku kepada mu sahabat.
Akan ada rasa rindu.
Dan lagu rindu.
"Terakhir"
Dalam ingatan.
-seketul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan