Isnin, 21 Mac 2016

PERAK

Aku IPOH mariiii...



Opah & Atok kedua belah berasal dari Perak. Ibu & Ayah aku berasal dari Perak. Aku lahir di Kampar, Perak. 


Jadi aku pure PERAK. Kome ada? 


Aku dah beberapa kali berpindah rumah tetapi semuanya still dalam kawasan Perak. Aku bersekolah sepenuhnya di Perak. 


Aku pernah ke 3 buah tadika kemas berlainan. Pertama di Behrang, kedua di Sahom dan ketiga di Felda Gunung Besout 1. Aku masuk pada tahun yang sama ketika berumur 6 tahun. Tapi sijil tamat tadika, aku terima dekat Tadika Kemas di Behrang.


Masuk sekolah rendah. Aku sekolah di Sekolah Dato Kamaruddin masa darjah 1. Darjah 2, aku masuk ke Sekolah Kebangsaan Sahom sehingga darjah 4. Selepas peperiksaan pertengahan tahun, aku masuk ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Bharu sehingga habis darjah 6. fuhhhhhh.. 


Banyak kan ? Tapi aku cuma ada satu sekolah menengah.


Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad a.k.a TIWA. Aku sayang gila kot sekolah nie. Dari form 1 sampai ke form 5.


Kemudian aku mengkhianati negeri Perak sedikit dan keluar utk menimba ilmu di Matrikulasi Selangor. Yg nie agak menggeramkan aku, pasalnya. Aku mintak dalam permohonan tu, Matrik Johor, Matrik Melaka & Matrik Perak. Sekali dapat SeMac. wuffff..


Tidak cukup dengan itu, aku menyambung pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Masih di Selangor. 


Tadi ada budak Johor dok kutuk Perak. Dia tak tahu aku tak suka JDT. Sebab dia lah aku jadi Anti-JDT. Hahahahaha jahat. K fine.


Tak nak cakap banyak. Nak bagitahu je, Aku sayang PERAK.



Deep deep in my watermelon heart. :) 

-seketul





Tiada ulasan:

Catat Ulasan